Followers

Status Kehadiran Ex DSK ke Mesyuarat Agung APDISK

>> Monday, March 28, 2011

Salam semua,

Baru terima panggilan daripada Puan Zubidah pagi ini.  Kenal Puan Zubidah lagi tak??  Kalau zaman saya belajar dulu, dia ajar subjek Law.  :D

Ok, berbalik kepada kisah call tadi.

Puan Zubidah bertanyakan tentang jumlah kehadiran bekas pelajar DSK PPD untuk Mesyuarat Agung Tahunan APDISK yang akan diadakan pada hari Sabtu ini, 2 April 2011 jam 10am.  Ini kerana beliau ingin menyiapkan susunatur di Dewan Serbaguna di PPD kelak.

Kalau ikutkan event list yang saya create di FB, jumlah kehadiran yang betul2 confirm akan hadir baru saja mencapai angka 15 (isk, sedih laa....) dan jumlah yang MUNGKIN akan hadir adalah seramai 25 orang.  Tetapi jumlah yang confirm TIDAK AKAN HADIR adalah seramai 65 orang. Alahai.....

Saya tahu, bukan mudah untuk anjurkan kerja-kerja persatuan sebegini.  Saya tidak akan memaksa rakan2 APDISK untuk turun padang setiap kali ada aktiviti2 yang akan dilaksanakan.

Masing-masing punya komitmen tersendiri.  Ada family dan anak2, ada yang sambung pengajian, ada yang sudah terikat dengan temujanji lain.  Ya, semua orang ada agenda tersendiri.

Oleh yang demikian, saya telahpun berbincang dengan En. Ashri sebentar tadi, sekiranya jumlah kehadiran ahli APDISK tidak mencecah 50 orang pada mesyuarat Sabtu ini, kemungkinan besar APDISK terpaksa dibubarkan.

Sayang memang sayang.  Segala penat jerit perih nak mengumpulkan semua bekas2 pelajar DSK PPD ni bukanlah satu kerja yang mudah.  Tambahan lagi bila ianya telahpun di daftarkan secara rasmi.  Jika dibubarkan begitu saja, memang ada rasa sedikit terkilan disitu. 

Tapi seperti yang saya katakan tadi, saya tidak akan memaksa kalian untuk turut serta dalam mesyuarat tersebut. 

Saya cuma inginkan kerjasama daripada kalian yang belum mengesahkan kehadiran, untuk segera berbuat demikian di Event List yang terdapat di group FB, ataupun kalian juga boleh sahkan kehadiran di blog ini (ruangan komen) selewat2nya pada hari Rabu ini (30 Mac 2011).  

Keputusan samada mesyuarat APDISK akan diteruskan atau tidak, cuma akan dimaklumkan pada hari Khamis ini. 

Jadi, kerjasama kalian sangat2 diharapkan pada kali ini.  Minta tolong ye?

Terima kasih.

3 comments:

Emmymazli March 28, 2011 at 11:18 AM  

insyaallah.... akan ada yg hadir... sabar yee

Post a Comment

Subscribe to apdisk-ppd

Powered by us.groups.yahoo.com

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP