Followers

Mengenai APDISK

>> Wednesday, February 23, 2011

Sukacita dimaklumkan, bekas pelajar kursus Diploma Sains Kesetiausahaan telahpun menubuhkan satu alumni berdaftar yang diberi nama Alumni Bekas Pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan atau ringkasannya APDISK.

Pertubuhan ini adalah di bawah naungan Pengarah Politeknik Port Dickson dan Encik Ashri, Pensyarah di Jabatan Perdagangan telah dilantik menjadi Penasihat untuk pertubuhan ini.

Pertubuhan ini telahpun dirasmikan oleh Encik Nordin bin Ahmad (Pemangku Pengetua) beberapa tahun yang lepas, iaitu pada 3 November 2001 di Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Untuk makluman tuan/puan/saudara/saudari, lamanweb ini dibina bagi memudahkan kita semua mengetahui perkembangan lanjut tentang aktiviti2 terkini yang akan dianjurkan oleh APDISK.

Pelbagai agenda menarik telah dirancang untuk menjadikan pertubuhan ini mencapai objektifnya iaitu mengeratkan hubungan diantara bekas-bekas pelajar dari Politeknik Port Dickson amnya dan bekas-bekas pelajar dari kursus Diploma Sains Kesetiausahaan khasnya.

Di antara agenda menarik yang telah dirancang adalah seperti berikut: - * Mengadakan majlis makan malam 2 tahun sekali
* Meraikan Hari Setiausaha
* Mengadakan Hari Keluarga/Treasure Hunt
* Mengadakan pertandingan-pertandingan seperti pertandingan bowling dsb
* Membuat majlis perjumpaan seperti rumah terbuka
* Mengaturkan sesi lawatan ke pusat-pusat pentadbiran
* Mencari peluang pekerjaan untuk para pelajar lepasan PPD

Pertubuhan ini berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Mengikut Fasal 5(1), Undang-undang Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984, setiap ahli dikehendaki membayar RM 20 sebagai bayaran keahlian dan RM 5 sebagai yuran bulanan. Kami berharap agar pihak tuan/puan/saudara/saudari dapat mengisi Borang Pendaftaran yang dilampirkan.

Segala pertanyaan, boleh lah diemail ke alamat seperti berikut: tipahvogue@gmail.com

Terima kasih.

1 comments:

Eina@qistina March 2, 2011 at 6:32 PM  
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Subscribe to apdisk-ppd

Powered by us.groups.yahoo.com

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP