Followers

Surat kebenaran telah di fax ke PPD pada 14/3/2011

>> Monday, March 14, 2011


Pertubuhan Alumni Pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan
Politeknik Port Dickson di Kuala Lumpur (APDISK)
Melalui
SLKMO, Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
________________________________

Pengarah
Politeknik Port Dickson
Km 14, Jalan Si Rusa
Negeri Sembilan 14 Mac 2011

Tuan,

Memohon Untuk Menggunakan Dewan Serbaguna PPD

Merujuk kepada perkara di atas, saya mewakili APDISK ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk menggunakan Dewan Serbaguna di Politeknik Port Dickson pada 2 April 2011 (Sabtu) jam 10am bagi tujuan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang pertama, sesi 2011/2012.

2) Untuk makluman tuan, Pertubuhan Alumni Diploma Sains Kesetiausahaan Politeknik Port Dickson (atau nama singkatannya APDISK) ini telah ditubuhkan dan dirasmikan pada 3 November 2011 oleh Encik Nordin bin Ahmad (Pemangku Pengetua pada ketika itu) di Glory Beach Resort, Port Dickson. APDISK telah didaftarkan di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia dan Encik Ashri Taib, pensyarah di Jabatan Perdagangan telah dilantik sebagai Penasihat kepada pertubuhan ini.

3) Tujuan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ini adalah untuk melantik ahli-ahli Jawatankuasa yang baru bagi menerajui aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh APDISK kelak. Disamping itu juga, minit mesyuarat ini nanti akan dihantar ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia bagi tujuan rekod mereka.

4) Sehubungan dengan itu, saya mewakili APDISK ingin meminta kebenaran daripada pihak tuan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang pertama ini di Dewan Serbaguna Politeknik Port Dickson pada tarikh yang tersebut di atas. Saya boleh dihubungi menerusi talian 019-570**07 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

5) Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.


Yang benar,



(Nor Aimah Mohd Nor)
Pengerusi Tetap
Pertubuhan Alumni Pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan
Politeknik Port Dickson di Kuala Lumpur (APDISK)
019-570**07

******  Kita tunggu reply from PPD hoccay?! ******

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to apdisk-ppd

Powered by us.groups.yahoo.com

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP